".....walau kita dihadapkan, dengan pelbagai pilihan,mengapa sering terjadi, pilihan tak menepati? hingga amat menakutkan, menghadapi masa depan, seolah telah terhapus, sebuah kehidupan yang kudus..."
Sape yang tak pernah dengar lagu ni? tipu.. lagu yang dipopularkan oleh Kenny, Remy & Martin pada tahun 80-an ni masih menjadi lagu yang evergreen sampai sekarang. Juga telah diberi nafas baru oleh kumpulan Premelodic dgn garapan musik yang lebih moden. Ditulis oleh komposer terkenal, Habsah Hassan, bukan sos Aminah Hassan dan bukan juga adik Jalaluddin Hassan mahupun Sarjan Hassan.
Ok, kenapa lagu ni masih kekal sedap didengar dan masih popular sampai sekarang? Selain dari lagunya senang untuk dinyanyi secara berkaraoke? Ya, liriknya & tajuknya.. kenapa? sebab ia relate directly dengan life kita, saya, awak,mereka.. ianya tentang suratan, kebetulan, pilihan, kesilapan, penyesalan, ketakutan & masa depan.. life..
Apa itu suratan? kebetulan? apa yang boleh kita define sbg suratan dan yg mana pula kebetulan? Kalau 'suratan' itu ialah takdir, kenapa org sebut 'suratan takdir'? dan kalau 'kebetulan' tu sesuatu yang bukan suratan, siapa yang 'menyuratkan' 'kebetulan' itu sendiri?
Dalam life ni kita wajib percaya qada' dan qadar.. so kita yakin semuanya dah ditentukan Tuhan, cuma kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa.. ya, itu dari aspek keyakinan terhadap takdir, qada' & qadar..
Tapi, bagaimana pula dengan pilihan? Kenapa sering terjadi pilihan yang tak menepati? kadang2, kita rasa satu2 keputusan atau pilihan yang kita buat setelah dipertimbangkan semasak-masaknya namun akhirnya, result or outcome nya tetap bukan seperti yang kita harapkan.. Sering kita kecewa walau bagaimana tepat kita rasakan pilihan atau keputusan yang kita buat itu..
So, balik semula kepada persoalan asal, suratan atau kebetulan.. simple, seperti dalam lirik lagu ni, "itukah suratan dalam kehidupan, masih tiada bertemu jawapan.." jawapannya, aku bagi.. semuanya telah tersurat, suka atau tidak,yang mampu kita buat hanyalah usaha dan doa, tak lebih dari tu.. kebetulan? no such things.. the word 'kebetulan' hanyalah jawapan ringkas bagi orang yang tak percaya kepada 'suratan'.. sebab kalau kita percaya kepada 'suratan', takkan timbul isu seterusnya mcm dalam lagu ni - takut menghadapi masa depan, terhapus sebuah kehidupan yg kudus.. everything happened for a reason.. cuma adakah ianya mampu kita fahami atau tidak..
Wednesday, December 22, 2010
1111 - Whats Behind it?
Pernahkah anda mengalami saat begini? Soalan agak skema. Tanya balik, pernah tak anda alami benda ni, maksudnya bertemu dengan kebetulan memandang nombor 11:11 beberapa kali secara rawak tetapi berulang? tak kisah la, kat jam je, henfon ke, tv ke, no plate kereta ke atau apa2 saja yg membuat anda tertanya-tanya, kenapa asyik nampak nombor 11:11 ni berulang kali, kerap pula..
Di atas adalah koleksi gambar peribadi aku pada masa aku mengalami benda ni. Selalu sangat jumpa. Kejap2 nampak no 11:11. Kat jam, Hp, pam minyak. So sebab curios aku ambik gambar, bukti kat housmate aku. Rupanya diorang pun sama.. Pelik...
At last, kami pun buat la research skit.. rupanya senang je cari kat internet, type je 11:11 kat SE, macam2 web keluar.. antaranya ada yang cakap pasal TimeGuardian la, angels & demons la, metafizik la, ada connection dgn crop circles la, alien, macam2.. sampai ada juga yang bagitau siap ada komuniti yg obses dgn nombor ni sampai semua pembuat jam digital memang saja buat kita senang nampak no 11:11 ni. Yang mana yang betul? Not sure..
Tapi, dari research tu, kami dapati, ada sesuatu in common between aku, kwn2 aku yang alami benda tu dgn org2 lain yang juga mengalaminya - we were in the middle of any kind of life problems - financial, relationship dan macam2 lagi.. Ada yang cakap, no ni dihantar oleh guardian tu tadi sebagai tanda bagi hope la, ape jadah la.. Kami tak puas hati.. So, sebagai orang Islam, kita kena yakin, jawapan kepada semua perkara terkandung dalam mukjizat terbesar Nabi SAW, Al-Quran.. Ape yang kami jumpa?
11:11- Surah Hud (Surah ke-11) dan ayat ke-11
maksudnya:
" Kecuali orang-orang yang SABAR dan MENGERJAKAN AMAL SOLEH, maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.."
wallahua'lam.. kami dapat jua jawapannya dalam al-Quran, SABAR dan BERAMAL SOLEH, insyaallah dapat keampunan dan melepasi ujian dariNya. Seolah-olah kami diberi petunjuk dengan asbab nombor 11:11 ni tadi. Dan peringatan supaya kami (kita) sentiasa SABAR dan BERAMAL SOLEH walau bagaimana kita diuji. At last, we got the answer,
and it really does gave us hope.......
Tuesday, December 21, 2010
Who are we..
Aku suka gambar ni.. bukan sebab aku suka membaca, or sebab aku suka buku2 lama, or sebab tajukdia.. tapi sebab gamba ni reveal something yg aku cari selama ni.. siapa kita sebenarnya.. kat mane nak beli buku ni? kat kedai mamak jual buku kat cokit ntah ade ntah tak.. but, point is, tgk tajuk, tgk tarikh.. (obviously la, kan aku dah bulatkan tu..) Tajuk, MALAYSIA, published, 1937.. whats wrong with that?
Buku ni published kat NY, US oleh The Maximillian Company pada 1937. Dengan tajuknya 'Malaysia, a study in direct & indirect rule". Kalau still sampai at this point korang tak rasa apa2 lagi, tak tau la aku.. Well, bukan ape, ramai antara kita just doesnt care, betul, tak mengubah apa2 pun kalau kita tak peduli or ambil tahu. Ok, nama negara MALAYSIA kita start guna tahun 1963, secara tepat 16 September, yang sekarang dikenali sebagai Hari Malaysia, dan dijadikan cuti umum supaya rakyat ingat pada hari tersebut la kita dengan rasminya menggunakan nama MALAYSIA yang sebelum itu dikenali sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Pada tarikh itu juga dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura, Sabah & Sarawak. Tarikhnya sekali lagi, 16 September 1963.
Then, macam mana buku pasal MALAYSIA ni telah ditulis & dikeluarkan pada 1937, 26 tahun sebelum kita sendiri guna nama tu? Tanya diri kita balik? Siapakah diri kita sebenarnya kalau nama negara kita pun org lain yg bagi dan penubuhan negara kita ni pun dirancang org lain?
Buku ni published kat NY, US oleh The Maximillian Company pada 1937. Dengan tajuknya 'Malaysia, a study in direct & indirect rule". Kalau still sampai at this point korang tak rasa apa2 lagi, tak tau la aku.. Well, bukan ape, ramai antara kita just doesnt care, betul, tak mengubah apa2 pun kalau kita tak peduli or ambil tahu. Ok, nama negara MALAYSIA kita start guna tahun 1963, secara tepat 16 September, yang sekarang dikenali sebagai Hari Malaysia, dan dijadikan cuti umum supaya rakyat ingat pada hari tersebut la kita dengan rasminya menggunakan nama MALAYSIA yang sebelum itu dikenali sebagai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Pada tarikh itu juga dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura, Sabah & Sarawak. Tarikhnya sekali lagi, 16 September 1963.
Then, macam mana buku pasal MALAYSIA ni telah ditulis & dikeluarkan pada 1937, 26 tahun sebelum kita sendiri guna nama tu? Tanya diri kita balik? Siapakah diri kita sebenarnya kalau nama negara kita pun org lain yg bagi dan penubuhan negara kita ni pun dirancang org lain?
Monday, December 20, 2010
Blogging?
Blog.. Who needs blog? Maybe some activist yg mencari tempat meluahkan rasa tanpa sekatan.. or some IMs (internet marketeers) yg sibuk promote their biz or ads.. skrg, even my 15 yrs old sister has her own blog.. maybe sbg personal online diary kot (wikipedia yg cakap).. aku rasa ramai blogger tu sendri ada yg tak tau pun 'blog' tu stands for what.. just for the sake of having a blog sbg trend ke? and what is the needs of having a blog actualy? utk aku? ntah.. tu yg aku tgh cari tu...
Subscribe to:
Comments (Atom)




