Agak skema..(budak skrg tau ke maksud skema ek? lama tak guna word ni) tajuk post, dan video.. nasyid kontemporari.. oleh kumpulan Firdaus, Putaran Kehidupan. Not one of my fav nasyid songs, tapi pasal nak kenakan dengan tajuk.. tapi ok la.. boleh gak cedok2 idea tgh2 kering idea nak menulis ni (menaip kot)..
Teringat 1 of my mom's fav quotes.. "things will be ok in the end, if its not ok, then, its not the end.." Nak ikutkan banyak lg quotes pasal life circle ni, tp ni yg paling kitorang (aku ngan mak aku) suka.. kalau translate kan ianya bermaksud "semuanya akan jadi ok akhirnya, kalau ia tidak ok, maknanya ianya belum berakhir.." macam tu la lebih kurang..
Setuju atau tidak, percaya atau tidak, bukan kehidupan kita sahaja yang bersandar atau berputar atau bersangkut paut dengan putaran, seluruh alam semesta ni.. Tengok je bumi dan planet2 dalam sistem solar, semua berputar, atas paksi sendiri mahupun mengelilingi jasad lain.. bulan mengelilingi bumi, bumi mengelilingi matahari.. begitu juga dengan hidupan2 sekecil mana, semuanya mempunyai kitaran hidup tersendiri.. rama-rama bertelur, telur menjadi beluncas, beluncas menjadi kepompong seterusnya rama-rama. Begitulah seterusnya. Even kelahiran kita sebagai homo sapiens ini juga ada kitarannya dan juga bergantung kepada kitaran estrus. kalau nak bagi contoh, sampai habis pun contoh je aku boleh taip.. Senang cakap, seluruh alam ini ada kitarannya tersendiri..
Apetah lagi dalam kehidupan kita ni.. Selalu kita dengar org cakap, hantu pun ada cakap.. "takpela,hari ni hari dia, esok siapa tahu hari kita pulak.." ha.. hantu cite ngangkung pun tau.. yup.. putaran kehidupan ni suatu yang pasti kita alami.. ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah, ada masa kita senang, ada masa kita susah, ada masa kita suka ada masa kita sedih.. hadis pun ada, ingat lima perkara sebelum 5 perkara.. lapang sebelum sempit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, hidup sebelum matiiii...
Soalannya.. kenapa kita perlu risau? kenapa kita perlu takut? kenapa kita perlu lemah? kenapa kita perlu seghabuk peghuk? Sedangkan semuanya tu part of life.. DUGAAN? bukan, sebutla CABARAN. MASALAH? bukan, sebutla UJIAN MINDA. haha.. simple.. lepas kita through the problems, we will wonder how strong we are.. even sebenarnya itu hanya putaran kehidupan kita yang dah berubah..
Tahun depan aku 30. All this while aku pun dah lost count berapa kali aku kat atas, berapa kali aku terjelepuk kat bawah.. Yet, life goes on.. dan aku tetap happy sekarang walaupun mungkin semalam aku seghabut.. anyway, its just another circle..
Teringat lagi satu quotes yg mak aku suka.. "today is tomorrow, that we worried about, yesterday.., and everythins is well.."
No comments:
Post a Comment