9W2IQD
QRA: Ikmal
QTH: Rasa-Uluyam-Selayang
Lebih kurang setahun lebih skit mula berjinak dgn hobi ni, dengan sekali xm, alhamdulillah, aku skrg memegang lesen pengendali radio amatur kelas B. Ramai otai dlm bidang ni, so blh mintak tunjuk ajar drp diorang.
Banyak orang fikir main radio ni orang2 yang suka menyembang.. betul, tapi tidak semestinya. Kalau takat nak menyembang, bli radio FRS pun dah cukup, kenape nak kena pegi kelas la,ambik xm la, nak mohon callsign siap kene bersumpah kat pesuruhjaya sumpah bagai.. buat ape susah2, henfon ada, internet pun senang.. kenapa pakai low-tech punya communication nak menyembang?
Ha, sebab tu la ianya dipanggil hobi.. sebab ianya melibatkan minat.. dan inilah satu-satunya hobi yang kene pegi exam dulu br boleh..
Minat yang dimaksudkan ialah minat kepada teknologi komunikasi dua hala ni.. Kenape nak kena ambik xm? Sebagai contoh, pengguna komunikasi radio 2 hala proffesional contohnya pihak berkuasa dan angkatan bersenjata, hanya menggunakan teknologi ini atas urusan mereka yang tersendiri. mereka mempunyai SOP tertentu. Manakala orang awam pula dibenarkan menggunakan komunikasi 2 hala dengan had-had tertentu dari segi frekuensi dan peralatan (radas) yang disahkan sirim conthnya.Walaubagaimanapun, berbeza dengan pengendali radio amatur, kami dibenarkan menggunakan jaluran frekuensi tertentu, dengan kuasa pancaran tertentu, tanpa sempadan politik mahupun geografi, mereka cipta peralatan atau mengubahsuai radas, membina sendiri antena dan perelatan-peralatan lain, membuat ujikaji berkenaan frekuensi radio dan sebagainya.. Tahukah anda, telefon bimbit dicipta oleh seorang pengendali radio amatur yang membuat ujikaji terhadap frekuensi radio?
Jadi, di sinilah bezanya. Pengendali radio amatur boleh / dibenarkan melakukan perkara yang tidak dibenarkan kepada pengguna radio proffesional seperti polis dan tentera juga orang awam yang hanya boleh menggunakan frekuensi tertentu dan radas yang diluluskan sahaja.
Komunikasi antara warga radio amatur juga tiada batas sempadan.Kami boleh menghubungi mana-mana stesen radio amatur lain di seluruh dunia. Ya,seluruh dunia.Oleh dasar itu jugalah,kami diperlukan untuk bersumpah menjaga perkara2 yang melibatkan kerahsiaan negara.
Habi yang kita gemari, hendaklah sekurang-kurangnya membawa manfaat dan faedah kepada diri dan masyarakat. Dengan radio amatur, ianya boleh menjadi satu hobi yang telah terbukti pernah menyelamatkan nyawa. Ya, ianya merupakan satu jenis komunikasi yang sangat penting sekiranya berlaku kecemasan di mana sistem perhubungan lain tidaklagi berfungsi mungkin akibat bencana dan sebagainya..
Setidak-tidaknya, dengan sedikit pengetahuan tentang komuniksi 2 hala ini, kami dapatla memberi sedikit bantuan dari segi komunikasi apabila diperlukan, tak kira untuk diri sendiri aaupun masyarakat.
Hm.. nnt la aku sambung.. 73 de 9w2iqd
No comments:
Post a Comment