Wednesday, December 22, 2010

Suratan ATAU Kebetulan?

".....walau kita dihadapkan, dengan pelbagai pilihan,mengapa sering terjadi, pilihan tak menepati? hingga amat menakutkan, menghadapi masa depan, seolah telah terhapus, sebuah kehidupan yang kudus..."

Sape yang tak pernah dengar lagu ni? tipu.. lagu yang dipopularkan oleh Kenny, Remy & Martin pada tahun 80-an ni masih menjadi lagu yang evergreen sampai sekarang. Juga telah diberi nafas baru oleh kumpulan Premelodic dgn garapan musik yang lebih moden. Ditulis oleh komposer terkenal, Habsah Hassan, bukan sos Aminah Hassan dan bukan juga adik Jalaluddin Hassan mahupun Sarjan Hassan.

Ok, kenapa lagu ni masih kekal sedap didengar dan masih popular sampai sekarang? Selain dari lagunya senang untuk dinyanyi secara berkaraoke? Ya, liriknya & tajuknya.. kenapa? sebab ia relate directly dengan life kita, saya, awak,mereka.. ianya tentang suratan, kebetulan, pilihan, kesilapan, penyesalan, ketakutan & masa depan.. life..

Apa itu suratan? kebetulan? apa yang boleh kita define sbg suratan dan yg mana pula kebetulan? Kalau 'suratan' itu ialah takdir, kenapa org sebut 'suratan takdir'? dan kalau 'kebetulan' tu sesuatu yang bukan suratan, siapa yang 'menyuratkan' 'kebetulan' itu sendiri?

Dalam life ni kita wajib percaya qada' dan qadar.. so kita yakin semuanya dah ditentukan Tuhan, cuma kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa.. ya, itu dari aspek keyakinan terhadap takdir, qada' & qadar..

Tapi, bagaimana pula dengan pilihan? Kenapa sering terjadi pilihan yang tak menepati? kadang2, kita rasa satu2 keputusan atau pilihan yang kita buat setelah dipertimbangkan semasak-masaknya namun akhirnya, result or outcome nya tetap bukan seperti yang kita harapkan.. Sering kita kecewa walau bagaimana tepat kita rasakan pilihan atau keputusan yang kita buat itu..

So, balik semula kepada persoalan asal, suratan atau kebetulan.. simple, seperti dalam lirik lagu ni, "itukah suratan dalam kehidupan, masih tiada bertemu jawapan.." jawapannya, aku bagi.. semuanya telah tersurat, suka atau tidak,yang mampu kita buat hanyalah usaha dan doa, tak lebih dari tu.. kebetulan? no such things.. the word 'kebetulan' hanyalah jawapan ringkas bagi orang yang tak percaya kepada 'suratan'.. sebab kalau kita percaya kepada 'suratan', takkan timbul isu seterusnya mcm dalam lagu ni - takut menghadapi masa depan, terhapus sebuah kehidupan yg kudus.. everything happened for a reason.. cuma adakah ianya mampu kita fahami atau tidak..

No comments:

Post a Comment