Wednesday, March 7, 2012

Beli emas cara org xde duit

Aku minat nak beli n invest dlm emas ni, tapi mudal tak de.. ape yg boleh dibuat?

ha, cara ni boleh pakai, lepas study2 dari sifu2 gold. (sori, post ni ala kadar je tulisannye sebab nak share dgn family n rakan rapat je dulu, aku bukan dealer gold ke ape, just nak share..)

Yang penting, fikir untuk investment, not commitment k..

Contoh Gaji rm 2300
komitmen tetap(kereta,rumah,loan) rm 1300
tolak tepi saving rm 300
baki untuk belanja makan dsb rm 700

Step 1. gunakan lbh kurang 2/3 dari jumlah komitmen tetap
--> rm 1300 X 2/3 = rm 866 ; 2/3 = 866; 1/3 = 434

Step 2. rm 866 beli emas, emas baru ke 2nd ke xkisah. emas 916 la senang. kalau price rm 185/g
--> rm 866 / 185 = 4.68g emas (tak kisah la cincin ke, rantai kaki ke ape)

Step 3. Pegi ar-rahnu. contohnya bank rakyat xchange ke, agro bank ar-rahnu ke, ar-rahnu yapeim
gadai emas tadi. anda akan dapat 65% - 70% dari nilai marhun emas tersebut. cthnya rm 185/g
--> 4.68g X rm 185 = rm 865.8
--> rm 865.8 X 70% = rm 606.06 - ni lah nilai gadaian anda


Step 4. Campurkan duit saving, duit gadaian, dan baki 1/3 duit komitmen td
--> rm 300 + rm 606.06 + 434 = rm 1340.04

Nah, kan dapat balik duit untuk bayar rumah, keta dan loan tadi? Dengan duit komitmen tu anda dapat bayar semua komitmen tanpa tertunggak di samping dah ada stok simpanan emas kat ar-rahnu.

Lepas tu terpulang la, nak tebus, ar-rahnu takde interest, cuma upah simpan je. bayar je balik rm 606.06 tu ikut kemampuan. pastu dapat la emas tu kat tangan anda. kalau masa tu harga emas naik (memang sentiasa naik pon), kan dah untung. anda guna duit simpanan beberapa bulan dan duit komitment wajib bulanan dapat emas. kalau nak simpan sikit2 duit baru nak beli bila nak dapat? harga makin naik..

ini baru satu cara, cara untuk beli emas dengan duit yang terhad. kalau anda banyak duit, beli je la terus. lagi senang.

Banyak lagi untuk dihuraikan. mcm mane nak buat untung dengan emas ni. tapi, bagi level2 mcm aku ni, mudal kecik, yang penting tambahkan stok emas fizikal dulu. dah banyak baru kita cerita untung pulak k..

tq, 73 9w2iqd clear

Monday, February 20, 2012

Nine Whiskey Two India Quebec Delta

9W2IQD
QRA: Ikmal
QTH: Rasa-Uluyam-Selayang

Lebih kurang setahun lebih skit mula berjinak dgn hobi ni, dengan sekali xm, alhamdulillah, aku skrg memegang lesen pengendali radio amatur kelas B. Ramai otai dlm bidang ni, so blh mintak tunjuk ajar drp diorang.

Banyak orang fikir main radio ni orang2 yang suka menyembang.. betul, tapi tidak semestinya. Kalau takat nak menyembang, bli radio FRS pun dah cukup, kenape nak kena pegi kelas la,ambik xm la, nak mohon callsign siap kene bersumpah kat pesuruhjaya sumpah bagai.. buat ape susah2, henfon ada, internet pun senang.. kenapa pakai low-tech punya communication nak menyembang?

Ha, sebab tu la ianya dipanggil hobi.. sebab ianya melibatkan minat.. dan inilah satu-satunya hobi yang kene pegi exam dulu br boleh..

Minat yang dimaksudkan ialah minat kepada teknologi komunikasi dua hala ni.. Kenape nak kena ambik xm? Sebagai contoh, pengguna komunikasi radio 2 hala proffesional contohnya pihak berkuasa dan angkatan bersenjata, hanya menggunakan teknologi ini atas urusan mereka yang tersendiri. mereka mempunyai SOP tertentu. Manakala orang awam pula dibenarkan menggunakan komunikasi 2 hala dengan had-had tertentu dari segi frekuensi dan peralatan (radas) yang disahkan sirim conthnya.Walaubagaimanapun, berbeza dengan pengendali radio amatur, kami dibenarkan menggunakan jaluran frekuensi tertentu, dengan kuasa pancaran tertentu, tanpa sempadan politik mahupun geografi, mereka cipta peralatan atau mengubahsuai radas, membina sendiri antena dan perelatan-peralatan lain, membuat ujikaji berkenaan frekuensi radio dan sebagainya.. Tahukah anda, telefon bimbit dicipta oleh seorang pengendali radio amatur yang membuat ujikaji terhadap frekuensi radio?

Jadi, di sinilah bezanya. Pengendali radio amatur boleh / dibenarkan melakukan perkara yang tidak dibenarkan kepada pengguna radio proffesional seperti polis dan tentera juga orang awam yang hanya boleh menggunakan frekuensi tertentu dan radas yang diluluskan sahaja.

Komunikasi antara warga radio amatur juga tiada batas sempadan.Kami boleh menghubungi mana-mana stesen radio amatur lain di seluruh dunia. Ya,seluruh dunia.Oleh dasar itu jugalah,kami diperlukan untuk bersumpah menjaga perkara2 yang melibatkan kerahsiaan negara.

Habi yang kita gemari, hendaklah sekurang-kurangnya membawa manfaat dan faedah kepada diri dan masyarakat. Dengan radio amatur, ianya boleh menjadi satu hobi yang telah terbukti pernah menyelamatkan nyawa. Ya, ianya merupakan satu jenis komunikasi yang sangat penting sekiranya berlaku kecemasan di mana sistem perhubungan lain tidaklagi berfungsi mungkin akibat bencana dan sebagainya..

Setidak-tidaknya, dengan sedikit pengetahuan tentang komuniksi 2 hala ini, kami dapatla memberi sedikit bantuan dari segi komunikasi apabila diperlukan, tak kira untuk diri sendiri aaupun masyarakat.

Hm.. nnt la aku sambung.. 73 de 9w2iqd